Bolehkah anda Swing dengan modal yang kecil?

Salam.

Satu kenyataan yang di ketahui umum; saya adalah seorang swinger. Most of the time saya akan swing. Berapa lama? Paling lama 4 bulan, ada juga yang 5 atau 6 minggu, ada juga yang kurang dari itu.

Bergantung kepada volatility yang ada di dalam pasaran, ia seterusnya akan mempengaruhi jangka masa saya berada di dalam position tersebut.

Soalan yang selalu saya terima, “boleh kah saya nak jadi swinger dengan modal yang kecil?”. Good question.

Swinger atau scalper lebih merujuk kepada jangka masa, BUKAN berapa banyak modal yang anda ada. Saya nak bagi contoh. Katakan lah anda mempunyai modal sebanyak $1000 (USD 1K bukan RM1K). By the way, ini adalah modal minimum yang saya cadangkan untuk anda trade.  2 perkara yang perlu perhatikan:

  1. Risk di dalam pip
  2. Lot size yang hendak di gunakan

Katakan anda open BUY position di chart EURUSD di paras 1.2428. Stop los anda letakkan di bawah paras support, 1.2345. Berapa risk anda?

Risk = 1.2428 – 1.2345 = 83 pip

Seterusnya, berapa lot size yang hendak di gunakan? Jika anda gunakan micro lot, mungkin anda boleh bermula dengan 0.01 (1 pip = 10 sen).

So, risk = 83 pip x 10 sen = $8.3

Maksimum amaun kalau anda rugi ialah $8.30 sahaja.

Next, $8.30 tu sebenarnya berapa peratus dari capital anda? Ambil yang paling kecil sekali, 1%.

1% x $1000 (modal) = $10.

Risk anda ialah $8.30 dan ianya tidak sampai pun 1% dari capital anda. Kecik kan? Nak besar, adjust-adjust kat lot size. Yang penting, open position, letak stop loss, buat reward to risk ratio baik-baik dan tutup laptop anda.

Itu sahaja.

Sekarang semua orang boleh jadi swinger 🙂

Terima kasih!

eurusd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *