Bagaimana untuk mengesan reversal di dalam market?

Salam.

Salah satu cara yang saya gunakan ialah dengan menggunakan signal divergence. Normal divergence terbahagi kepada 2; bullish dan bearish divergence.

Di dalam trend yang menaik, kita akan mencari bearish divergence sebagai salah satu indicator yang market akan mula melakukan reversal. Manakala di dalam trend menurun, bullish divergence signal akan di cari sebagai petanda awal reversal.

Anda boleh lihat diagram di atas untuk kedua-dua divergence ini. Untuk bahagian indicator, selalunya saya akan gunakan MACD dan RSI. Mengapa? Kerana ianya sangat mudah untuk di fahami. Ada juga trader yang menggunakan indicator lain seperti AO, Stoch, Momentum dan lain-lain, tetapi pada saya MACD dan RSI adalah yang terbaik.

Time frame juga memainkan peranan yang penting. Kebiasaanya, saya akan menggunakan Daily untuk mengesan signal divergence. Boleh tak divergence berlaku di intraday chart? Boleh. Tetapi sepanjang pengalaman saya, ianya lebih kepada pullback.

Untuk lebih detail, jom hadir ke kelas “Candlestick, Divergence & Market Analysis” yang akan di adakan pada 10 Sept ini di Safira Country Club, Penang.

 

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *