Bagaimana mahu menggunakan Pivot Point indikator?

Salam.

Pivot point merupakan satu indikator yang mudah di gunakan dan pada masa yang sama sangat penting. Indikator ini terdiri dari paras Pivot (DPV) dan paras support (S1 – S3) dan resistance (S1-S3). Selain itu, ada indikator pivot yang turut menunjukkan paras harga tertinggi (YH) dan harga terendah (YL) hari sebelumnya.

Berdasarkan pengalaman saya juga, inidikator ini merupakan satu kaedah mudah untuk mereka yang tercari-cari di mana hendak meletakkan paras support & resistance kerana ianya akan menandakan paras-paras ini secara automatik.

Terdapat pelbagai jenis pivot, yang paling biasa atau classic adalah seperti contoh di bawah ini. Ianya adalah daily pivot dan saya banyak gunakan di time frame M15 dan H1. Selain itu, anda boleh juga boleh mengguakan Weekly atau Monthly pivot berdasarkan trading style anda.

Mari saya tunjukkan bagaimana cara mudah untuk menggunakan indikator ini:

  1. Secara amnya, jika price semasa berada di atas paras DPV, anda perlu mencari peluang untuk long atau buy di dalam market. Sebaliknya, jika price semasa berada di di bawah DPV, cari peluang untuk short atau memasuki position sell di dalam market.
  2. Strategi yang sering di gunakan bersama-sama indikator ini ialah breakout dan pullback.
  3. Breakout – Jika price break Yesterday High (YH), ini adalah peluang untuk buy, manakala jika price break Yesterday Low (YL), sile sell. Selain itu, jika price melakukan bullish breakout pada DPV, ini juga merupakan buy signal untuk anda. Dan jika bearish breakout ke atas DPV, maka ia adalah satu sell signal.
  4. Pullback – ianya sering berlaku terutama apabila market pada hari sebelum nya berada di paras 0verbought atau oversold. Kebiasaanya, price akan pullback atau retrace sedikit. Cari peluang untuk buy  selepas price pullback dan anda lihat adanya bullish reversal pattern di area DPV. Jika sebaliknya, perhatikan bearish reversal pattern selepas satu pullback di area DPV.
  5. Support dan Resistance di gunakan sebagai take profit target, dengan S2 dan R2 merupakan target yang paling kerap di capai (berdasarkan pengalaman saya).
  6. Jika price berada di S3 atau R3, jangan buy atau sell lagi. Sebaliknya, jika terdapat tanda-tanda berlakunya reversal atau retrace, anda boleh mengambil counter trade – cuma dengan risk yang kecil.

Apa kata anda try pivot ini di MT4 anda. Anda boleh ikuti kaedah bagaimana untuk install pivot point di sini:

http://www.forexwatchers.com/metatrader/install-the-pivot-points-indicator-mt4/.

Selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *