Analisis Teknikal: XAUUSD – 8 Mac 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. Emas masih lagi berada di dalam satu trading range di antara support area $1300/06 dan resistance area $1360/66.
  2. Resistance terdekat dengan current price ialah $1340 yang mana ianya telah terbukti menjadi satu resistance area yang strong; berdasarkan kepada beberapa kali attempt dari buyer untuk memecahkan nya gagal. Anda boleh lihat kotak biru yang saya tandakan di atas.
  3. Namun, jika resistance area ini pecah, maka ada kemungkinan price boleh meningkat lagi sehingga ke resistance area range ini.
  4. Jika seller bertindak untuk menjual dengan lebih agresif atau mungkin usd kembali kukuh, maka support area $1300/06 adalah sasaran yang paling realisitk.
  5. Jika support area ini break, kemungkinan harga boleh jatuh ke paras fibo 61.8% ($1285). Dan jika selling activity ini di teruskan, maka next support ialah di area low candle 12 Dec 2017, iaitu di $1236. Senario ini di lihat sebagai satu free fall area bagi harga emas.

Terima kasih.

Analisis Teknikal Emas dan Perak di Youtube

Salam.

Anda tau saya ada youtube channel? Tak tau? Adus…menyedihkan sungguh. Sebenarnya dah lama dah saya ada channel ni. Dalam 4 tahun dah. Dan ada banyak video tentang emas dan peral dan juga forex yang saya upload kan di situ.

Yang terbaru saya uploadkan video tentang emas dan perak hari Ahad lepas. Yang tak sempat tengok tu, meh kita layan di sini:

 

Bagaimana anda boleh buat untung dengan silver?

Salam.

Bagi anda yang mempunyai modal yang sedikit tetapi masih minat untuk invest di precious metal, maka silver adalah pelaburan terbaik buat masa ini. Dengan harga serendah RM255 untuk 100 gram silver 999.9, ia jauh lebih murah berbanding ‘abang besar nya’ iaitu gold (100 g = RM18K++).

Sebenarnya, terdapat beberpa tempat anda boleh membuat untung dengan silver. Yang membezakan adalah produk, knowledge anda dan juga risiko. Jom kita tengok 3 top tempat bagaimana anda boleh membuat untung dengan silver:

  1.  Membeli silver fizikal – risiko paling rendah. Beli silver dapat silver.  Buy low, simpan baik-baik, harga naik then jual. Tempoh untuk simpan minimum 5 tahun. Saya rekemen anda beli di Public Gold. Website nya publicgold.com.my. Harga 100g hanya serendah RM255 sahaja. By the way, saya pernah tengok harga silver 1 Kg mencecah RM6k++ pada tahun 2011. So berbaloi kalau start sekarang. Selain itu, anda juga boleh buka Silver Accumulation Program akaun untuk simpanan silver secara sedikit-sedikit.
  2. Trade spot silver – risiko tinggi. Saya pernah tengok seorang trader ni loss $5k dalam satu malam. Menangis. Tapi tu salah dia sebab tak letak stop loss. padan muka. Tapi dengan knowledge yang betul, anda boleh gandakan modal anda dalam tempoh yang pantas. Lot size sekecil 0.01. Pergerakan nya hampir sama dengan spot gold. Banyak sumber knowledge di kongsi bersama dengan spot gold. Tiada silver fizikal. Saya cadangkan anda trade di Primus. Spread yang kecil.
  3. Trade saham syarikat melombong silver – risiko tinggi sama seperti spot silver. Ada dua pilihan. Anda boleh beli share nya atau boleh trade CFD. Anda boleh trade menggunakan local remisier seperti RHB investment tetapi kos agak tinggi. Anda juga boleh buka akaun dengan overseas broker seperti di City Index. Ada banyak pilihan stock untuk di trade. Bergantung kepada berapa besar modal kita. DI bawah ni ialah contoh share syarikat melombong silver terbesar dunia iaitu KGHM Polska Miedz, Poland.

OK. So anda dah tau sekarang kat mana tempat untuk kita buat duit. Sekali lagi saya nak ingatkan, ketiga-tiganya adalah produk yang berbeza, yang memerlukan knowledge yang berbeza dan membawa risiko yang berbeza. Oh ya. Sudah semestinya modal juga adalah berbeza.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus roger saya k.

Terima kasih.