Terima kasih!

Salam semua.

Terima kasih kepada para peserta kelas Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas yang telah hadir untuk menghirup ilmu baca graf emas dan ilmu pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Insya Allah saya dan sahabat saya, Syukor Hashim akan membantu anda semua untuk menjadi seorang pelabur yang bijak dan kebal dari skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas dan forex.

Syukor berkongsi ilmu
Syukor berkongsi ilmu

Apa yang telah para peserta kelas ini pelajari?

Antara lain, kami telah membongkarkan teknik-teknik untuk membeli dan menjual emas fizikal Public Gold pada harga terbaik menggunakan ilmu Analisis Teknikal.

Selain itu, kami juga membantu para peserta mengenalpasti produk yang sesuai dengan position para peserta; sama ada sebagai seorang penyimpan, pelabur ataupun seorang trader.

Nak tahu lebih lanjut, kena datang kelas lah. Panjang nak cerita ni.

Cuma…

Ini merupakan kelas terakhir untuk tahun ini (rasanya). Jadi sesiapa yang terlepas peluang, kita jumpa tahun depan. Insya Allah.

Saya akan keluarkan jadual kelas untuk tahun hadapan sepantas kilat. Nanti anda boleh refer di blog saya.

Terima kasih semua!

Saya dan Syukor Hashim, Mentor Emas No 1 Malaysia
Saya dan Syukor Hashim, Mentor Emas No 1 Malaysia