Antara kehendak dengan keperluan; Nissan Skyline GTR34 codename Godzilla

Salam.

Maaf. Post kali ini tidak ada kaitan dengan emas mahupun trading.

Bagi yang belum mengenali saya, sebenarnya saya ini adalah anak pomen. Saya di besarkan (raise and breed) di workshop kereta.

Bunyik enjin adalah umpama lagu Isabella. Kelajuan adalah adrenalin rush saya. Saya mempunyai impian untuk mempunyai trek kereta saya sendiri. Belakang rumah. Bukak pintu dapur, masuk kereta, terus layan trek.

Best.

Saya juga ada list atau senarai kereta-kereta yang perlu ada di dalam garaj saya. Next time saya updatekan list tu. Buat masa ni saya nak concentrate pada satu kereta.

This one particular car. The legend. The one they called Godzilla. Nissan Skyline GTR34.

Nissan Skyline GTR34
Nissan Skyline GTR34

Saya jumpa iklan kereta ini di mudah.my. Harga nya hanya RM143,800.00 dan saya assume, cash sahaja. Setiap kali saya tengok kereta ini, berdegup degup jantung saya, sesak nafas saya, rasa tak senang duduk dan rasa macam saya dah ada dalam kereta tu.

Ini kereta idaman saya. Bukan Ferrari, bukan Porsche, bukan Lambo (tapi kalau bagi saya ambik jugak!).

Tapi setiap kali saya tengok harga tu, saya akan terfikir, dengan duit sebanyak tu, berapa banyak lagi duit yang saya boleh buat darinya.

RM143,800 – saya boleh beli share Tenaga, Maybank, MYEG, BDB, Bonia, Armada dan macam-macam lagi.

RM143,800 – saya convertkan ke USD boleh dapat dalam $38,143.00. Saya boleh beli share Apple, Tesla, P&G, Paycom, Visa dan macam-macam lagi. Saya juga boleh gunakan modal tu untuk trade spot gold, silver, oil, EURUSD, GBPSD, AUDUSD, USDCAD dan macam-macam pair yang lain.

RM143,800 – saya juga boleh beli tanah di kampung saya, mungkin boleh dapat dalam 4 ekar, kemudian tanam kelapa sawit, getah ataupun gaharu.

Huh. Kadang-kadang kita terpaksa pandai membezakan antara kehendak dengan keperluan. Pada masa yang sama, saya juga kena paham apa yang di maksudkan dengan terma “reward yourself”.

Plan saya – tingkatkan pendapatan. Target saya – Income RM100,000 sebulan.

Kemudian baru beli.  🙂

P/s: Oh ya! Kepada anda yang kenal owner GTR34 (tak semestinya yang dalam gambar ni shj) boleh tak mintak dieorang tolong simpankan kereta ni untuk saya? Insya allah saya akan beli. Pasti beli.

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *