Anda ingin jadi seorang trader?

Jika anda ingin menjadi seorang trader, maka saya telah menyediakan ‘jalannya’, bermula dengan pelaburan yang paling rendah sehingga lah kepada yang paling tinggi. Ini kerana saya faham ada di antara anda sekadar ingin tahu apa itu online trading, manakala ada juga yang telah bulat tekad ingin menjadi seorang trader.

Maka, di melakafx.com anda bebas memilih bagaimana untuk memulakan perjalanan anda sebagai seorang trader. Anda boleh bermula dengan:

  1. Buku Analisis Teknikal Harga Emas, Analisis Fundamental Harga Emas dan juga buku Saya Trader. Ini merupakan pelaburan ilmu yang paling murah.
  2. Jika anda telah mempunyai pengalaman di dalam bidan trading atau merupakan seorang trader part time, maka saya cadangkan anda dapatkan ebook saya, 5 Strategi Price Action. Anda juga boleh langgani sesi Video Mentoring saya selama 6 bulan. Atau anda juga boleh sertai saya di FXPrimus dan mendapatkan servis SOTG.
  3. Untuk kelas asas, anda boleh sertai saya dan Syukor Hashim (admin jutawanemas.com) di kelas Gold Investment 101 untuk asas pelaburan emas.
  4. Selepas itu, anda juga boleh menambahkan ilmu emas anda di kelas seterusnya, Analisis Teknikal Harga Emas. Saya akan tunjukkan kepada anda peluang untuk membeli emas pada harga terbaik berdasarkan kepada analisis teknikal.
  5. Seterusnya, anda ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seorang trader? Apa persediaan yang perlu anda anda sebagai seorang trader? Anda ingin tahu apa strategi simple yang saya gunakan untuk trade Bursa, US stock market, Forex, Spot gold? Jika Ya, anda boleh daftar ke kelas Saya Trader.
  6. Nah, jika anda sudah terbuka hati dan bulat tekad untuk menjadi seorang trader, maka saya dengan rendah hari menjemput anda untuk bersama- sama saya di dalam program 6 Month Coaching – Group Coaching. Perhatikan jadual kelas ini yang akan saya updatekan di muka hadapan blog ini.
  7. Jika anda ingin kan eksklusiviti dan one to one session, maka sesi Personal Coaching adalah yang paling sesuai untuk anda. Saya beri jaminan yang anda akan saya bimbing sehingga anda benar-benar menjadi seorang trader!

Nah, bukankah lebih mudah dengan adanya pilihan-pilihan seperti ini? Semua info yang anda perlukan, ada di dalam blog saya ini.

Pesanan saya, pilih mana yang terbaik untuk anda. At least bermulah dengan sesuatu. Berhenti berharap dan mulakan sesuatu. Sila mantapkan diri anda dengan ilmu trading terlebih dahulu sebelum anda menceburi bidang trading ini dengan lebih serius. Dan elakkan diri anda dari scam-scam yang menggunakan nama forex atau gold atau apa sahaja yang menjanjikan keuntungan yang pantas dan mudah.

Sehingga kita berjumpa di kelas seterusnya!

9 thoughts on “Anda ingin jadi seorang trader?

  1. Saya inginkan perubahan. Ingin jd trader tapi serba serbi tiada.
    Saya ingin mulakan sesuatu dan berhenti mengharap.

    • Salam tuan. Kelas Group Coaching terhampir ialah pada 5 dan 6 oktober ini. Saya sarankan tuan join kelas semasa itu. Tuan boleh hubungi saya (call/sms/watsapp) di talian 012-9965946 untuk info lanjut. TQVM

  2. Assalamualaikum, sy da baca buku rahsia pelaburan emastuanv shukor. Adakah sesuai buku analisis teknikal harga emas untuk saya yg zero knowledge ni?? N adakah analisis emas same dengan forex,bursa dsb??
    Terima kasih

    • Salam tuan. utk basic teknikal, mana-mana pasaran pun sama. beza dengan forex atau saham ialah dari segi fundamental. kalau trade saham ni kene tau company apa yang kita beli. kalau trade forex, kene tau tentang ekonomi semasa currency yang terlibat. so kalau utk beli emas fizikal, saya cadangkan buku analisis teknikal harga emas yang terbaik.

  3. Assalamua’laikum Tuan. Saya tertarik dan kagum dgn kejayaan Tuan sbg Trader. Saya berminat untuk belajar dan menjadi seorang trader. Kelas mana yang sesuai utk saya hadiri. TQ

    • Salam Puan.
      Jika Puan berminat untuk menjadi seorang trader, Puan boleh pilih untuk join kelas Group Coaching yg akan di adakan pada 22 dan 23 Feb ini. Puan juga boleh pilih untuk join kelas Personal Coaching atau One to One Coaching. Anytg Puan boleh wasap atau tele di no ini 012-9965946. Ok puan? TQVM 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *