Analisis Teknikal Harga Emas 18 Dis 2017

Salam.

Satu persolan yang sedang bermain di dalam fikiran saya, “Jika kenaikan interest rate oleh Fed tidak berjaya menolak jatuh harga emas, then apa lagi news yang boleh?”

Memandangkan kita juga telah menghampiri pertengahan bulan Disember, maka ada kemungkinan harga emas telah pun mencapai paras terendah nya di $1236 untuk bulan ini. Dan berdasarkan kepada pergerakan harga emas 2-3 tahun yang lepas, ada kemungkinan juga ini adalah permulaan kepada bullish move dari emas.

Sudah tentu saya akan melihat kepada faktor fundamental lain seperti kegilaan Trump, dasar baru Fed di bawah chairman yang baru, next stage untuk Brexit dan QE program di Euro. Selain dari itu, faktor Bitcoin  dan other Cryptos juga akan di ambil kira memandangkan ianya adalah fenomena terbaru dan ada juga membandingkan nya dengan emas. Oh ya, saya juga akan memerhatikan pasaran indeks ; S&P, Dow dan Nasdaq untuk sebarang pullback (atau reversal?).

Apa pun trading sedang menghampiri ke penghujung tahun 2017 yang mana secara tradisi nya akan agak slow kerana di penuhi dengan cuti hujung tahun. Jadi ini merupakan minggu terakhir untuk sebarang big movement berlaku. Jikalau anda seorang aktif trader, berhati-hati lah ye.

Terima kasih.

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *