03 Mar

Analisis Pasaran US Oil (Crude) 3 Mac 2016

Salam.

oil 3 Mac 2016Jika anda fikir gold sahaja sedang naik, think again.  Setelah mencatatkan harga terendah $26.02 pada 11 Feb 2016, oil telah meningkat sebanyak $8 per barrel. Secara teknikalnya anda boleh lihat:

  1. Berlakunya bullish divergence yang di tunjukkan oleh MACD ketika harga oil mencatatkan paras terendah.
  2. Berlaku gap dan kemudian nya di tutup dengan 3 hari kemudian. Gap ini bertindak sebagai paras support. Dan kemampuan price untuk tutup gap ini dengan pantas menunjukkan kemampuan harga untuk naik lebih tinggi.
  3. Pergerakan harga yang menutup gap ini juga boleh dianggap sebagai right shoulder. Jadi, anda akan melihat berlakunya inverse head and shoulder pattern.
  4. Neckline atau resistance terletak pada paras $34.80. Jika paras ini berjaya di pecahkan, next resistance terletak pada $38.14 dan $40.00.
  5. Melainkan kita melihat, membaca atau mendengar sebarang surprise dari Arab Saudi (atau any geng bas sekolahnya), maka saya menganggap oil sedang berada di dalam near term bullish.
  6. Kenaikan harga oil ini mampu menyelamatkan beberapa negara dan beberapa syarikat oil utama yang seterusnya beberapa ribu orang yang terlibat dengan industri oil & gas. Jadi sudah tentulah ianya positif. People can keep their job, then boleh spending dan seterusnya akan menggerakkan kembali ekonomi.
  7. Perhatikan inflation, inflation dan inflation. Ini adalah direct impact dari kenaikan harga oil.
  8. Satu lagi news yang perlu anda perhatikan ialah Crude Oil Inventories. Walaupun ia adalah news dari US, namun impak nya akan terkena kepada Canadian dollar.

Happy pipping!