Ada harapan untuk Fed dan BOE menaikkan interest tahun ni?

Salam semua.

Saya bertanyakan soalan di atas kepada guru saya, Ed Ponsi semasa webinar yang di jalan kan semalam di FXStreet. Jawapan nya, tidak. Tidak ada harapan untuk kita melihat kedua-dua central bank di atas menaikkan rates mereka tahun ini. Sebab utama nya ialah:

1. Data employment yang teruk di US. NFP yang terkini hanya mencatatkan sejumlah 142K berbanding 201K (forecast). Jumlah ini sebenarnya menjadi lebih teruk lagi apabila di tolak dengan jumlah pekerjaan yang di cipta oleh government iaitu sebanyak 24K. Ini menjadikan total NFP yang sebenar hanyalah sebanyak 118K..

2. Data employment yang teruk ini sudah berlanjutan selama 2 bulan. Bulan lepas, NFP mencatatkan sejumlah 173K berbanding 215K (forecast). Ops! tiba-tiba berlaku revision dan data sebenar NFP ialah 136K. Jauh lebih rendah dari yang di announcekan. Dan setelah di tolak dengan job creation oleh government, maka total NFP hanyalah 100K. So, 100K campur dengan data terkini berjumlah 118K, maka total untuk 2 bulan hanyalah 218K. Sangat teruk…

3. Semalam, data CPI dari GBP mencatatakan sebanyak -0.1% (Y/Y) berbanding 0.0% (forecast). Core CPI (Y/Y)juga tidak menepati sasaran apabila hanya mencatatkan 1.0% berbanding 1.1%. RPI (Y/Y) pula mencatatkan hanya 0.8% berbanding 1.0%.Ini menunjukkan yang UK kiniĀ  berada di dalam deflation, sesuatu yang tidak di ingini oleh mana-mana negara di dunia. And boleh lihat data-data yang lain di sini:

gbp bad news

Selain dari itu, saya juga melihat bagaimana pegawai-pegawai dari Fed dan BOE berlumba-berlumba memberi kenyataan seolah-olah central bank mereka akan menaikkan interest rate. Jangan terpedaya. Ini adalah salah satu strategi untuk meyakinkan pelabur tentang bagaimana bagusnya ekonomi negara mereka; yang mana sebenarnya ia adalah sebaliknya.

Saya mungkin salah di dalam hal ini. Tetapi jika Fed dan BOE betul-betul menaikkan interest rate mereka, maka saya ingat dieorang ni dah gila.

wacko-logo2

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *