5 Sumber Analisis Fundamental terbaik pilihan saya

Salam.

Analisis Fundamental merupakan satu cabang ilmu yang agak kurang peminat atau pengikutnya berbanding Analisis Teknikal. Antara sebab utamanya ialah ia memerlukan para traders untuk membaca dan memahami berita-berita ekonomi (kebanyakannya) dan kemudian mengaplikasinya kepada chart di pasaran yang terlibat.

Di dalam kelas Personal/Group Coaching yang saya anjurkan, subjek ini saya kongsikan bersama para pelajar saya pada hari pertama kelas ini berlangsung. Ini kerana, analisis fundamental ialah sebab sebenar para traders dan investor membeli atau menjual apa-apa sekuriti atau pun matawang.

Oleh kerana banyak sumber analisis fundamental yang boleh anda baca di internet, saya secara peribadi memilih 4 sumber ini:

  1. kitco.com – sangat penting untuk mereka yang terlibat di dalam pasaran spot gold dan silver
  2. bloomberg,com – sumber fundamental terpantas dan yang paling boleh di percayai dan bahasa English nya juga senang di baca dan di fahami.
  3. forexfactory.com – sumber jadual berita pilihan utama traders.
  4. fxstreet.com – satu lagi sumber berita yang penting. kadang-kadang ada berita yang tidak ada di forexfactory tetapi ada di fxstreet.
  5. cftc.com – commitment of trader report (COT) merupakan produk utama website ini. Sangat penting untuk mengenalpasti contrarian indicator dan trend kekuatan pasaran/matawang.

Jika anda masih tak tau lagi nak start baca dari mana, cubalah website atau sumber yang saya cadangkan di sini. Insya allah ianya akan banyak membantu.

Selamat membaca dan meng digest info!

http://www.fxstreet.com/economic-calendar/

http://www.fxstreet.com/economic-calendar/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *