3 kaedah mudah untuk kenalpasti trend

Salam.

Di dalam bahasa mudah, trend ialah arah pasaran. Ia sama ada bullish (menaik), bearish (menurun) atau pun sideways (di sebut juga consolidate).

3 kaedah mudah yang saya gunakan untuk kenal pasti trend ialah seperti berikut:

  1. Jika trend menaik, perhatikan harga LOW dan HIGHER LOW. Maksudnya harga low candle terakhir mestilah lebih tinggi dari harga low candle sebelumnya. Jika trend menurun, perhatikan harga HIGH dan LOWER HIGH. Maksudnya, harga high candle terakhir mestilah lebih rendah dari harga high candle sebelumnya.
  2. Gunakan trend line untuk menyambungkan titik LOW dengan HIGHER LOW (trend menaik) dan titik HIGH dengan LOWER HIGH (trend menurun). Untuk melukis trend line, mulakan dengan harga LOW atau HIGH yang bersebelahan dan mestilah mempunyai sekuranh-kurang nya 2 titik harga.
  3. Gunakan 200 SMA (simple moving average). Cara mudah membacanya ialah, jika harga berada di atas 200 SMA, market berada di dalam trend menaik. Jika harga berada di bawah 200 SMA, maksudnya market berada di dalam trend menurun.

Itu 3 kaedah mudah yang saya gunakan. Mungkin ada lagi yang lebih advance. Tapi sikit-sikit ye. Mulakan dengan yang simple dahulu, nanti kita upgrade!

Selamat belajar!

Contoh market yang sedang menaik.

Contoh market yang sedang menaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *