Jadi trader ni kene melekat depan komputer 24 jam? Taklah!

Salam.

Salah satu mitos yang sering saya dengar dari mereka yang ingin belajar trading ialah sebagai trader, kita kene ‘melekat’ depan komputer, laptop, henpon 24 jam sehari. Tak boleh miss, tak boleh tinggal langsung.

Adoi! Penat macam tu!. Silap-silap boleh mati depan laptop ni.

Kita tak perlu buat macam tu sebenarnya. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan memilih sesi trading yang sesuai dengan masa lapang kita. Jadi kita boleh lah trade dengan hati yang tenang, tak payah terkejar-kejar, tak payah ngadap sangat laptop tu dan boleh tidur dengan aman. Macam mana tu?

Secara amnya, terdapat 3 sesi trading;  sesi Asian, European dan US. Cuba perhatikan diagram di bawah:

Berdasarkan kepada diagram ni, anda dapat lihat market akan open dengan pasaran Australia (Sydney) sekitar jam 5.00 am. Walaubagaimanapun, market Australia bukan lah market utama yang di perhatikan oleh trader. Sebaliknya, trader biasanya memilih untuk trade di waktu Japan (Tokyo) open iaitu pada jam 7.00 pagi waktu Malaysia. Di sinilah the real Asian session bermula.

So, kalau anda baru nak masuk keje jam 8.00 pagi, sesuai tak nak trade Asian session? Kalau tak sesuai, jangan. Setelkan keje kat opis dulu. Kang kantoi dengan bos pulak.

Next, kita ada market London yang di buka pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Satu jam selepas market London open, kita akan melihat beberapa market di Europe seperti di Frankfurt (Germany) ,Paris (France) dan Geneve (Swiss) akan bermula. Pertembungan antara market London dan sekutu Europe nya menjadikan waktu petang sangat ceria untuk para trader.

Di mana anda ketika itu? Sedang meeting kah?

Sessi terakhir ialah US session yang bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Kebanyakan trader yang sebuk di waktu siang akan menumpukan perhatian kepada sesi ini. Ini kerana selain dari waktu open sesi US, biasanya terdapat news-news besar yang boleh menggerakkan pasaran berlaku; sekitar jam 8.30 sehingga jam 10.00 malam.

Bagaimana dengan anda? Kalau sesi Asian tak sempat, Europe terlepas, US session ialah pilihan terbaik. Concentrate di sini. Peruntukan 3-4 jam semalam sahaja. Tak perlu sampai jam 3.00 pagi. Kalau tak, esok nak pegi keje, mata macam panda bear.

And lastly, kalau kawan-kawan ajak ngeteh time ni, cakap anda bz, ada urusan membangunkan kewangan keluarga. Anda kan trader.

Semoga berjaya!

Shufaad.

Kelas Personal Coaching kini 5 slot sebulan

Salam.

Atas permintaan yang begitu menggalakkan, kelas Personal Coaching akan di adakan sebanyak 5 slot sebulan bermula dari bulan Jun 2017 sehingga satu tarikh yang akan di beritahu kelak. Sebelum ini saya hanya memperuntukkan hanya 2 slot sahaja sebulan.

Kelas masih lagi berlangsung selama 3 hari, dari 9.00 am – 5.00 pm dan masih lagi mengekalkan yuran yang sama iaitu RM3500 sahaja.

Untuk menempah tarikh, anda perlu bank in deposit sebanyak 50% dari total yuran atau RM1750 dan seterusnya memberikan 3 tarikh kepada saya; salah satu dari pada 3 tarikh itu perlulah pada hari weekdays (Isnin – Jumaat).

Sebagai contoh, Jumaat – Ahad.  Atau Sabtu – Isnin. Atau mungkin Isnin – Rabu.

Terpulang kepada anda.  Anda pilih tarikh dulu then saya akan confirm kan dengan jadual saya. OK?

Hubungi saya di no 012.9965946 untuk menempah slot kelas Personal Coaching anda.

Terima kasih.

Shufaad.

Cara-cara membuka GAP akaun di Public Gold yang paling mudah

Salam semua.

Saya nak kongsikan dengan anda semua kaedah atau cara-cara untuk membuka GAP akaun di Public Gold yang paling senang.

  1. Buka website Public Gold. Tengok harga GAP.
  2. Anda nak start berapa gram? 1 gram? 5 gram? 10 gram? Boleh je.
  3. Bukak maybank2u. Bank in kan amaun nya ke akaun Public Gold (No akaun: 5571 3923 8048). Contoh; 1 gram = RM187 x 10 gram (yg anda nak beli) = RM1870.
  4. Ambik gambar payment yang anda telah buat.
  5. Wasap slip payment ke nombor 012-3876919 beserta nama penuh, IC ,email dan introducer : Noor Shufaad (PG5467)
  6. Tunggu email confirmation dari PG.
  7. Kalau lambat sangat, telefon nombor tadi balik. dan cakap dengan Suhaila atau El atau Kelvin. Apa2 hal, roger dieorang.

Untuk kaedah lain, next time saya ajar ye. Ni kaedah paling mudah. Berenti tepi jalan pun boleh buat.

Cuba ye!

Shufaad – Master Dealer Public Gold (PG005467)