11 Aug

Apa yang anda faham tentang Gold-Silver ratio?

Salam.

Sebagai seorang investor atau peminat emas, anda sudah tentu pernah mendengar istilah seperti Gold-Silver ratio. So, apa yang anda faham tentang ratio ini? Di dalam bahasa yang paling mudah, ratio ini bermaksud bilangan ounce (oz) silver yang di perlukan untuk menyamai 1 oz gold.

Sebagai contoh; jika harga gold ialah $1000 per oz (amin!) dan harga silver pula ialah $20 per oz, maka ratio nya ialah 50:1. Dan ketika saya menulis artikel ini, harga gold berada pada paras $1345 per oz manakala harga silver pada $20.15. Oleh yang demikian, gold-silver ratio sekarang ialah 66:1.

Seperkara yang menarik tentang hubungan antara gold dan silver ini ialah selain dari kedua-duanya tergolong di dalam kategori precious metal atau logam berharga, mereka juga mempunyai positive correlation antara satu sama lain. Maksudnya, jika harga gold naik, silver juga akan naik. Begitu juga sebaliknya.

Sedikit fakta sejarah yang ingin saya kongsikan dengan anda:

  1. Gold-Silver ratio ini pada asalnya di tetapkan oleh kerajaan sebagai salah satu langkah menstabilkan sistem kewangan negara.
  2. Rekod paling awal berkaitan dengan penetapan ratio ini telah di catatkan oleh kerajaan Roman iaitu pada ratio 12:1.
  3. Kerajaan US melalui Mint of Act 1792 menetapkan ratio ini pada kadar 15:1.
  4. Ratio ini pernah meningkat sehingga ke paras 98:1 pada tahun 1939 di zaman pemerintahan Presiden Roosevelt. Ini adalah kesan dari penetapan harga gold pada harga $35 per oz.
  5. Kesan dari penamatan Perang Dunia ke 2  dan Brenton Woods Agreement pada tahun 1944, yang mana kadar tukaran asing (foreign exchange rate) telah di ikat pada harga gold, ratio ini telah turun sehingga ke paras 15:1.
  6. Bermula dari tahun 1970 an yang mana menyaksikan pemansuhan gold standard dan membawa ke tahun 1980 an dan 1990 (harga silver jatuh serendah $4 per oz), ratio ini telah meningkat kepada 100:1.
  7. Secara purata, di dalam era 2000 an, gold-silver ratio ini berlegar sekitar 50:1 kepada 70:1. Paling rendah di catatkan pada paras

Untuk investor yang lebih hardcore, mereka akan menggunakan gold-silver ratio ini sebagai satu tools untuk hedging.

Sebagai investor yang bijak, saya cadangkan anda mulakan dengan menyimpan emas dahulu. Dan kemudian barulah memulakan simpanan silver anda. Bahagi kan portfolio anda kepada 70:30; dengan 70 kepada gold dan silver sebanyak 30.

Selamat menyimpan!

Gold-Silver ratio

 

09 Aug

Jom belajar Analisis Teknikal Harga Emas!

Salam semua.

Sempena bulan Kemerdekaan ini, saya dan sahabat saya, Syukor Hashim akan mengadakan kelas Analisis Teknikal Harga Emas di 2 lokasi:

  1. Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah – 21 Ogos, 9.30 am – 5.00 pm
  2. TheCandles, Sunway – 27 Ogos, 9.00 am -5.00 pm

Fee hanya RM250 sahaja.

Jika anda berminat, sila hubungi talian 012-9965946 (whatsapp/telegram/call)

Analisis Teknikal Harga Emas

 

 

 

 

 

TQVM