Analisis Pasaran US Oil (Crude) 3 Mac 2016

Salam.

oil 3 Mac 2016Jika anda fikir gold sahaja sedang naik, think again.  Setelah mencatatkan harga terendah $26.02 pada 11 Feb 2016, oil telah meningkat sebanyak $8 per barrel. Secara teknikalnya anda boleh lihat:

  1. Berlakunya bullish divergence yang di tunjukkan oleh MACD ketika harga oil mencatatkan paras terendah.
  2. Berlaku gap dan kemudian nya di tutup dengan 3 hari kemudian. Gap ini bertindak sebagai paras support. Dan kemampuan price untuk tutup gap ini dengan pantas menunjukkan kemampuan harga untuk naik lebih tinggi.
  3. Pergerakan harga yang menutup gap ini juga boleh dianggap sebagai right shoulder. Jadi, anda akan melihat berlakunya inverse head and shoulder pattern.
  4. Neckline atau resistance terletak pada paras $34.80. Jika paras ini berjaya di pecahkan, next resistance terletak pada $38.14 dan $40.00.
  5. Melainkan kita melihat, membaca atau mendengar sebarang surprise dari Arab Saudi (atau any geng bas sekolahnya), maka saya menganggap oil sedang berada di dalam near term bullish.
  6. Kenaikan harga oil ini mampu menyelamatkan beberapa negara dan beberapa syarikat oil utama yang seterusnya beberapa ribu orang yang terlibat dengan industri oil & gas. Jadi sudah tentulah ianya positif. People can keep their job, then boleh spending dan seterusnya akan menggerakkan kembali ekonomi.
  7. Perhatikan inflation, inflation dan inflation. Ini adalah direct impact dari kenaikan harga oil.
  8. Satu lagi news yang perlu anda perhatikan ialah Crude Oil Inventories. Walaupun ia adalah news dari US, namun impak nya akan terkena kepada Canadian dollar.

Happy pipping!

 

Analisis Pasaran Dow dan S&P 2 Mac 2016

Salam.

Kedua-dua pasaran telah pun menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila telah melengkapkan double bottom pattern mereka.

dow 2 mac 2016Neckline 16507 telah di pecahkan (breakout) dan sekarang paras resistance 17100 menjadi sasaran.

S&P 2 mac 2016Neckline 1946 telah di pecahkan dan kini menghampiri resistance 2000. Sebelum ini paras resistance ini (2000) menjadi danger zone bagi pasaran S&P.

Pemulihan kedua-dua pasaran ini membawa maksud risk on dari para investor – mereka bersedia untuk memasuki pasaran yang berisiko tinggi dan berupaya untuk menjana pulangan atau keuntungan yang lebih.

Ini juga memberi bad news kepada Yen sebagai safe haven currency dan gold (safe have asset). Ada kemungkinan kita akan melihat reversal dari kedua-dua sekuriti ini.

Happy pipping!

Analisis Pasaran AUDUSD 1 Mac 2016

Salam semua.

audusd 1 mac 2016Selepas mengekalkan interest rate pada kadar 2.00%, saya melihat pair ini bakal meneruskan trend bearish nya. Peluang terbaik untuk sell hadir sekiranya price meneruskan retrcement nya sehingga ke area 0.7160.

Mengapa ianya terbaik? Kerana di situ terdapat paras fibo 38.2%, paras resistance¬† 1 (0.7168) dan yesterday’s high price sebagai resistance. Namun jika price tidak mampu untuk retrace ke area itu, saya akan mengambil peluang untuk sell selepas paras 0.7107/09 (yesterday’s low/S1) di pecahkan (breakout).

Apa pun saya maintain bearish untuk pair ini.

Happy pipping!