Salam semua.

Saya sedang melihat kepada satu teori; saya namakan Teori Nasdaq Bubble.

Sebelum berlakunya DotCom bubble pada awal tahun 2000, saham-saham syarikat teknologi (atau di sebut IT) merupakan the most sought after things in the world. Jika anda seorang pelabur dan anda tidak mempunyai share mana-mana syarikat IT di Nasdaq, maka anda di anggap tidak mengikut trend atau ketinggalan zaman.

Internet di anggap sebagai new economy order dan bakal menggantikan ekonomi konvensional – mungkin sekarang betul, tetapi tidak 20 tahun yang lepas.

Spekulator memainkan peranan mereka dan begitu juga dengan broker-broker yang membawa pelabur-pelabur baru ke Nasdaq – tanpa knowledge, hanya wallet. Hasilnya, anda boleh lihat bagaimana Nasadq begitu di sayangi dan di puja sehingga ia meningkat dengan exponential. Pada 1 Jan 1996, Nasdaq di dagangkan pada 526.80 mata dan pada 1 Mac 2000, ianya mencatatkan paras tertinggi 4816.35 mata; peningkatan sebanyak 4289.73 mata, hanya dalam tempoh kurang dari 5 tahun.

nasdaq bubbleAkhirnya, berlaku bubble. Nasdaq yang sewaktu masa dahulu begitu di sayangi akhirnya dibenci, sebenci-bencinya dan jatuh ke paras terendah 795.25 dalam tempoh 2 tahun sebelum akhirnya menjumpai paras support sekitar 1000 mata pada bulan November 2008 – 8 tahun selepas bubble. Sehinggalah sekarang, Dis 2015, Nasdaq di niagakan pada paras 4598, kurang 300 mata dari paras tertinggi dalam sejarah; itupun selepas 15 tahun.

Lama kan?

Jadi apa yang boleh kita belajar dari peristiwa ini? Bagaimana boleh saya kaitkan dengan harga emas? Pertamanya, emas juga merupakan sesuatu yang sangat di sayangi dan dipuja suatu masa dahulu. Kegilaan kepada emas telah bermula semenjak dari tahun 2005 lagi; atau mungkin lebih awal.

Harga emas membuat breakout dari paras $454 sekitar September 2005, dan semenjak dari itu langsung tidak menoleh ke belakang. Satu retracement yang agak besar berlaku sekitar 2007-2008 iaitu ketika subprime crisis berlaku tetapi apabila ianya breakout paras psikologi $1000 pada 1 Sept 2009, it seems nothing could stop the gold bulls. Akhirnya, emas mencatatkan paras tertinggi $1920 sekitar bulan September 2011; 2 tahun selepas breakout dari paras $1000.

gold bubble

Modus operandi yang sama; di sayangi dan di puja, seolah-olah gold akan menggantikan US Dollar atau to the extreme, sistem kewangan dunia. Kehadiran gold bug juga menyemarakkan kegilaan ini sehinggakan pernah satu ketika, emas di jangka akan naik sehingga $2000.

Akhirnya, bubble yang di tunggu-tunggu pecah juga. Selepas mencatatkan harga tertinggi $1920 pada September 2011, emas jatuh sehingga ke paras terendah $1052 pada bulan ini. Di dalam tempoh 4 tahun (dari 2011 ke 2015) emas seolah-olah di benci, di keji dan di anggap sebagai kuno dan barbaric oleh sesetengah pihak di Barat sehinggakan ia kehilangan nilai sebanyak $828 dalam tempoh tersebut.

Kini, harga emas bakal mencecah paras psikologi $1000. Nasdaq juga pernah mencecah paras psikologi 1000, breakout ke bawah sehingga 795 sebelum breakout ke atas 1000 mata semula. Mungkin emas bakal membuat perkara yang sama?  Breakout di bawah $1000, menuju ke paras support $866 atau mungkin $725, sebelum melonjak kembali?

Berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa, ianya adalah tidak mustahil. Secara teknikalnya juga tidak mustahil. Mungkin akan wujud masalah dari segi supply di lombong – apabila harga pasaran lebih rendah dari kos melombong – tetapi melihat kepada case study untuk harga minyak, maka ini juga tidak mustahil.

Saya tidak pasti sama ada kebencian kepada emas ini sudah berakhir atau belum. Jika belum, benci lah lagi, biarlah harga jatuh lebih banyak dan lebih cepat. Sehingga akirnya nanti, kebencian ini akan hilang, dan manusia akan melihat emas kembali ‘precious metal’ atau ‘safe haven aset’ atau instrumen kalis inflasi (yang mana sangat tidak releven di dalam ekonomi yang kurang atau tidak ada inflasi).

Untuk memastikan teori Nasdaq bubble ini berjaya, anda dan saya  dan seluruh dunia, mesti benci Gold!

Happy pipping!

Salam.

Kalau ikut perancangan asal, sepatutnya saya akan memberikan satu sesi Webinar anjuran FXPrimus pada tarikh 16 Dec tu. Akan tetapi oleh kerana beberapa masalah teknikal, sesi webinar terpaksa di tangguhkan pada tarikh yang lain.

Takpelah. Takde rezki saya nak bersembang live dengan anda semua.

Tapi no prob. Last minute saya come-up dengan solution, iaitu membuat pre-recording session (macam yang biasa saya buat untuk student saya) dan uploadkan ke Youtube.

So jika anda terlepas sesi tersebut, jemput-jemput lah tengok di sini ye.

TQVM dan Happy Pipping!

Salam semua.

Saya nak share kan dengan anda satu sesi video mentoring yang saya buat dengan alumni saya. Antara perkara yang saya fokuskan di dalam video kali ini ialah berkaitan dengan USD Index dan juga Euro.

Selamat menonton dan selamat belajar!

Salam.

Sejak beberapa hari lepas, saya memerhatikan satu share yang agak familiar; XOX. Kenapa familiar? sebab saya pernah nampak logo syarikat ini di baju Dato’ Lee Chong Wei :).

Apa yang saya perhatikan ialah bagaimana share syarikat ini jatuh dengan sangat mendadak sehingga Bursa Malaysia telah mengeluarkan satu statement berkaitan trading activities ini. Anda boleh baca full artikel nye di sini: http://www.themalaysianinsider.com/business/article/bursa-advises-caution-in-trading-xoxs-shares.

Ok. sekarang apa kata kita tengok chart XOX.

XOX 3 dec2015Perhatikan kotak biru yang saya tandakan tu. Lihat bagaimana price break paras support (sekarang dah jadi resistance 2 dan resistance 1) di sertai dengan volume yang sangat tinggi (warna merah). Ini adalah ciri-ciri kesungguhan seller dalam menjual mana-mana share; price break support + volume yang tinggi. Jika nak tengok kesungguhan buyer, reverse kan shj formula ni ok!

Reason nya? Baca semula artikel di atas dan anda dapat sebabnya. Sudah tentu ianya fundamental.

Pandangan saya, jangan beli dulu share ini. Jangan kerana harganya jatuh dan murah maka anda tertarik untuk membeli nya. We can never know how low it can go.

Take care!

Salam

takaful 2 dis 2015Secara teknikalnya, harga sedang berhadapan dengan satu paras resistance di RM3.83. Oleh kerana harga sekarang (RM3.80) sudah terlalu hampir dengan paras resistance ini, maka saya tidak menggalakkan anda untuk membeli nya sekarang.

Jadi, di mana tempat yang paling sesuai untuk anda mula membeli?

  1. Sekiranya price berjaya breakout paras resistance ini, maka itu adalah signal buy anda. Perhatikan juga volume semasa breakout ini. Target profit di next resistance iaitu di RM4.00 dan RM4.20 dengan stop loss di RM3.65.
  2. Jika price melakukan pullback, maka saya akan mengambil peluang untuk membeli di paras support RM3.69 dengan stop loss di paras support seterusnya iaitu di RM3.60. Take profit nya pula ialah di RM3.83.

Selamat membeli stock!