Spot Gold: Berusaha membina base

Salam.

Chart pertama yang ingin saya tunjukkan kepada anda semua ialah chart gold di dalam time frame daily;

gold 26 nov 2015Berdasarkan kepada chart di atas, harga emas telah mencatatkan paras low nya di 1064.23, iaitu paras support. Semenjak dari itu, terdapat beberapa cubaan untuk price bounce semula tetapi gagal. Bagaimana saya katakan gagal? Kerana price masih lagi mencatatkan lower highs seperti yang di tunjukkan oleh garisan trendline.

Walaupun gagal mencatatkan harga yang lebih tinggi, price juga gagal memecahkan (breakout) paras support 1064.23 berkenaan. Ini menunjukkan buyer atau bargain hunters sedang membina base atau kubu mereka di area support tersebut.

Sekarang perhatikan pula indikator momentum kita, MACD. Kelihatan nya histogram sudah semakin menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin ke cross di atas 0.00 manakala MACD line juga sudah semakin hampir untuk cross signal line. Jika crossover ini berlaku dan price mampu break di atas garisan trendline, saya melihat ini merupakan sesuatu positif dari harga emas.

Ok. Apa kata saya zoom kepada time frame yang lebih kecil, H1.

gold h1 26 nov 2015Perhatikan bagaimana buyer membina kubu mereka di kotak yang saya tandakan. Anda juga boleh melihat bagaimana paras low yang di catatkan sudah semakin tinggi (higher low). Positif untuk harga emas? Yup, I reckon so. Mungkin emas memerlukan sedikit push dari fundamental – tension di Rusia/Turki, China beli emas, Fed tak jadi naik kan rate- akan membantu melonjakkan kembali harga emas.

Kita tunggu dan lihat. Happy pipping!

Kelas Trading Strategi di TheCandles, Sunway

Salam semua.

Bagi trader yang masih lagi mencari cari strategi apa yang hendak di gunakan, apa kata anda cuba dua strategi power ini; Divergence dan Chart Pattern Formation.

Jika anda hendak tahu bagaimana untuk mencari setup untuk strategi ini, jom datang ke kelas yang akan di adakan pada hari Sabtu ini (28 Nov 20150 di TheCandles, Sunway.

Detailsnya adalah seperti di dalam poster di bawah:

Poster Trading StrategiesUntuk pendaftaran pantas, sila hubungi 012-9965946.

TQVM 🙂

US Dollar di dalam masalah – atleast di dalam chart :)

Salam.

Kenapa saya mengatakan US Dollar di dalam masalah? Saya akan menunjukkan kepada anda chart Dollar Index di dalam 2 time frame; yang pertama di Daily dan yang kedua di H4.

dxy 19 nov 2015Ini adalah dollar index di time frame daily.

  1. Terdapat paras resistance yang kuat di 100.00 dan 100.37 yang mana paras yang kedua  adalah paras resistance yang di catatkan oleh highs pada 13 Mac 2015.
  2. Price membentuk doji di area 100.00 dan selepas satu long white candle – ini adalah perfect setup untuk Doji At the Top (DAT) strategi.
  3. Gap down selepas doji? Wow, ini memang superb!

Sekarang kita lihat di time frame H4 pula.

dxy h4 19 novAda signal feveret saya – Bearish Divergence! Dengan MACD crossover dan histogram bar telah pun flip di bawah 0.00, ini adalah tanda-tanda kejatuhan (atau retrace) di dalam dollar.

Berdasarkan kepada chart di kedua-dua time frame ini, ia menunjukkan yang US Dollar sedang berada di dalam fasa retrace- at least sehingga next NFP.

So, gold, silver dan any pairs yang ada kaitan dengan dollar especially Eur, Pound dan Yen akan mempunyai peluang untuk tapau dollar. Check support dan resistance yang terhampir dan ambil profit di situ.

Happy pipping!