Salam.

Maaf. Post kali ini tidak ada kaitan dengan emas mahupun trading.

Bagi yang belum mengenali saya, sebenarnya saya ini adalah anak pomen. Saya di besarkan (raise and breed) di workshop kereta.

Bunyik enjin adalah umpama lagu Isabella. Kelajuan adalah adrenalin rush saya. Saya mempunyai impian untuk mempunyai trek kereta saya sendiri. Belakang rumah. Bukak pintu dapur, masuk kereta, terus layan trek.

Best.

Saya juga ada list atau senarai kereta-kereta yang perlu ada di dalam garaj saya. Next time saya updatekan list tu. Buat masa ni saya nak concentrate pada satu kereta.

This one particular car. The legend. The one they called Godzilla. Nissan Skyline GTR34.

Nissan Skyline GTR34

Nissan Skyline GTR34

Saya jumpa iklan kereta ini di mudah.my. Harga nya hanya RM143,800.00 dan saya assume, cash sahaja. Setiap kali saya tengok kereta ini, berdegup degup jantung saya, sesak nafas saya, rasa tak senang duduk dan rasa macam saya dah ada dalam kereta tu.

Ini kereta idaman saya. Bukan Ferrari, bukan Porsche, bukan Lambo (tapi kalau bagi saya ambik jugak!).

Tapi setiap kali saya tengok harga tu, saya akan terfikir, dengan duit sebanyak tu, berapa banyak lagi duit yang saya boleh buat darinya.

RM143,800 – saya boleh beli share Tenaga, Maybank, MYEG, BDB, Bonia, Armada dan macam-macam lagi.

RM143,800 – saya convertkan ke USD boleh dapat dalam $38,143.00. Saya boleh beli share Apple, Tesla, P&G, Paycom, Visa dan macam-macam lagi. Saya juga boleh gunakan modal tu untuk trade spot gold, silver, oil, EURUSD, GBPSD, AUDUSD, USDCAD dan macam-macam pair yang lain.

RM143,800 – saya juga boleh beli tanah di kampung saya, mungkin boleh dapat dalam 4 ekar, kemudian tanam kelapa sawit, getah ataupun gaharu.

Huh. Kadang-kadang kita terpaksa pandai membezakan antara kehendak dengan keperluan. Pada masa yang sama, saya juga kena paham apa yang di maksudkan dengan terma “reward yourself”.

Plan saya – tingkatkan pendapatan. Target saya – Income RM100,000 sebulan.

Kemudian baru beli.  🙂

P/s: Oh ya! Kepada anda yang kenal owner GTR34 (tak semestinya yang dalam gambar ni shj) boleh tak mintak dieorang tolong simpankan kereta ni untuk saya? Insya allah saya akan beli. Pasti beli.

Salam semua.

Terima kasih kerana menunjukkan minat untuk membuka real trading akaun di FXPrimus. Saya menjangkakan yang anda telah pun berlatih bersungguh-sungguh di demo akaun sebelum anda membuka real akaun. Harap nya begitu lah ye.

Baik. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:

1. Klik pada link ini: www.fxprimus.eu/shufaadmelakafx.

dashboard2. Kemudian, klik pada kotak Individual Account.

3. Isikan borang yang di sediakan. Untuk leverage, saya cadangkan anda bermula dengan 1:100.  Untuk spread, sila pilih Variable. Untuk deposit amaun, saya cadangkan anda bermula dengan USD1000.  Sebenarnya minimum deposit amaun ialah USD100, tetapi tak banyak yang anda boleh lakukan sekiranya anda bermula dengan modal sekecil itu. That’s why saya cadangkan minimum USD1000. Penuhkan details yang lain. Dah abis? Klik Next.

4. Seterusnya, cek email anda. Anda sepatutnya akan mendapat satu email dari FXPrimus. Buka email tersebut dan klik pada link yang di beri.

5. Anda akan di bawa ke Dashboard seperti dalam gambar di bawah. Masukkan username dan password ke dalam kotak login tersebut. Ia adalah username dan password yang telah anda daftar sebentar tadi.

dashboard2

 

6. Klik pada Profile yang terletak di sebelah kiri atas dashboard tersebut.

dashboard37. Kemudian, klik pada Documents. Di sini, anda perlu uploadkan dokumen seperti IC berwarna (depan) dan utiliti bil terkini. Kalau takde bil, boleh guna bank statement. Yang penting, pastikan alamat di bil/statement sama dengan alamat yang anda daftarkan di dalam profile sebentar tadi. ok?

8. Seterusnya, tunggu email dari FXPrimus. Jika takde masalah, akaun anda akan lulus dengan cemerlang dalam tempoh satu hari. Kalau tak, mungkin kene upload balik dokumen tu.

9. Selepas lulus, anda akan nampak item Fund Account di bahagian depan dashboard itu. Klik situ. Jika anda ingin fund akaun menggunakan Debit atau Credit card, klik pada Credit/Debit Card.

dashboard410. Klik pada logo Allied Wallet dan kemudian isikan borang yang di sediakan, termasuklah funding amaun. Berapa? USD1000 sahaja. Pastikan Bank yang provide debit/credit card anda membenarkan transaksi online ini di lakukan. Dalam kes Public Bank, by default amaun yang di benarkan hanya RM2000 sehari. Call Public Bank, minta dieorang increase kan kepada maksimum. Tak silap saya RM10000 sehari.

11. Kalau takde masalah, fund akan masuk ke akaun anda immediately. Anda juga akan mendapat email dari FXPrimus; MT4 ID dan password akan di sertakan di dalam email ini.

12. Buka MT4, login menggunakan ID dan password yang di berikan. Seterusnya, tradelah dengan hati yang tenang dan fikiran yang waras :).

Itu sahaja. Mudahkan? Jika terdapat sebarang masalah atau jika anda betul-betul sudah bersedia untuk membuka real akaun, sila hubungi saya.

TQVM!

Salam semua.

Satu soalan ‘Kenapa anda perlu menyimpan emas?’

Jawapan yang paling mudah dan straight forward ialah “kerana anda tak nak wang anda bocor”.

Apa maksudnya? Maksudnya, jika anda membeli emas maka secara automatiknya duit anda akan bertukar bentuk dari kertas menjadi kepingan emas yang tidak mudah di belanjakan. Dan sudah tentulah kepingan emas lebih susah untuk di gunakan untuk shopping, isi minyak, beli sport rim, beli goreng pisang!

Ha, betulkan?

So, next time kalau ada orang tanya anda kenapa anda perlu menyimpan emas maka jawapannya dah mudah; saya tak nak duit saya bocor!

Selamat meyimpan emas!

50g

Salam semua.

Bagi anda yang berminat untuk mempelajari ilmu trading spot gold dan currency a.k.a forex, saya menjemput anda untuk hadir ke kelas Personal/Group Coaching yang akan di adakan di Melaka pada tarikh-tarikh berikut:

  1. 18 dan 19 Mei
  2.  25 dan 26 Mei
  3.  27 dan 28 Mei.

Yuran kelas hanyalah RM1600 (tanpa GST) untuk kelas selama 2 hari, video mentoring selama 6 bulan, weekly trading tips, whatsapp support group dan juga FREE repeat class selama 6 bulan.

Antara topik yang akan di sentuh di dalam kelas ini ialah psikologi di dalam trading, risk dan money management, support dan resistance, candlestick reversal pattern, divergence trading, fundamental analisis dan lain-lain lagi topik yang sangat penting.

So, jika anda betul-betul berminat untuk belajar dan menjadi seorang trader, sila daftarkan diri anda sepantas kilat. Hubungi nombor 012-9965946 (whatsapp/sms/call) untuk menempah tempat anda.

Terima kasih dan semoga kita berjumpa di Melaka!

logo1