Salam semua.

Saya dan sahabat saya, Syukor Hashim baru selesai kelas Analisis Teknikal Harga Emas pada hari Sabtu 28 Mac yang lepas. Phew! Memang best! peserta sangat responsif dan banyak bertanyakan soalan. Memang ohsome lah!

OK. Ada juga soalan yang terlebih advance tapi yang tu saya KIV kan untuk kelas yang lain. Agak tak sesuai untuk menjawabnya sebab 99% peserta masih baru dan kebanyakan mempunyai matlamat untuk membeli dan menjual emas fizikal sahaja (soalan tu lebih kepada soalan untuk spot).

Dan first time saya rasa….kelas ni All Mens Club! Haha! takde seorang wanita, gadis yang ada dalam kelas kali ni. Seriusly ni satu rekod!

Anyway, kudos to all the participants. Insya Allah kita akan berjumpa lagi di dalam kelas-kelas yang lain.

Kan....takde perempuan kan???

Kan….takde perempuan kan???

Selamat menjadi pelabur dan penyimpan emas yang bijak!

Shufaad

Salam semua.

Sepanjang 5 tahun saya mengajar dan mendidik pelabur dan penyimpan emas fizikal berkenaan pergerakan harga emas, soalan yang paling wajib saya terima tiap-tiap tahun, tiap-tiap bulan (dan nasib baik bukan tiap-tiap hari!) ialah adakah harga emas akan naik atau turun lagi esok (atau lusa, tulat dan minggu depan).

Dan jawapan nya masih sama lagi;

“Saya tak ada crystal ball nak tau dengan tepat, sama ada akan naik atau turun. Apa yang bole saya buat ialah membuat analisis berdasarkan kepada pergerakan harga history”

Menjadi lumrah manusia, ada yang boleh terima, dan ada yang tidak.

Begitu juga istilah ramalan…saya bukan penggemar istilah ramalan tetapi lebih kepada analisis. Jadi saya akan kata analisis harga emas dan bukan ramalan harga emas. Macam tok bomoh lak.

Jadi apakah faktor yang boleh mempengaruhi harga emas?

  1. USD Index – kerana harga emas dan semua komoditi di sebut di dalam USD, maka adalah penting untuk melihat bagaimana prestasi US Dollar berbanding basket of currencies yang lain.
  2. Minyak – kerana minyak di gunakan di dalam operasi perlombongan, logistik dan lain-lain. Penurunan harga minyka seperti sekarang mungkin boleh menurunkan kos pengeluaran emas dunia.
  3. Permintaan – kerana China dan India merupakan pengguna emas terbesar dunia, maka mereka adalah penggerak untuk permintaan untuk bullion dan jewelleries. Di blok negara barat, atau lebih tepat di pasaran NYSE, Gold ETF merupakan instrumen yang lebih di gemari.
  4. Penawaran – kerana jika permintaan meningkat tetapi penawaran menurun, maka harga emas akan naik.  Sebaliknya boleh berlaku. Cuma sekarang ni saya tak nampak sebarang masalah dari penawaran melainkan jika harga emas turun dengan lebih banyak dan mengakibatkan lombong-lombong baru akan di tutup.
  5. Kestabilan ekonomi, politik dunia – kerana jika ekonomi dunia lembab atau teruk, emas akan bertindak sebagai safe haven asset. Jika inflasi meningkat, emas adalah pilihan terbaik.  Begitu juga jika berlaku perang, emas juga akan bertindak sebagai safe haven asset. Jika semuanya ok? Ekonomi stabil, cun, tiada perang maka emas bukanlah pilihan terbaik untuk di miliki oleh seseorang investor.

Saya harap next time sebelum anda ingin membeli atau menjual emas anda, consider kan 5 faktor di atas. Mungkin ia akan dapat memaksimakan keuntungan anda di kemudian hari.

Harga spot gold dari laman web kitco.com

Harga spot gold dari laman web kitco.com

Sehingga berjumpa lagi!

Shufaad