GST dan emas

Salam.

Salah satu topik hangat di Malaysia sekarang ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan Goods and Services Tax atau nama glamernya GST. Kalau kita tengok kempen dari blok kerajaan, semuanya mengatakan GST ini bagus, baik dan indah. Kalau tengok dari blok pembangkang, maka sudah tentulah sebaliknya.

Tanpa menyentuh kesan GST kepada ekonomi dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan, saya cuma nak fokus kepada GST dan emas. Soalan yang paling banyak di tanya ialah “adakah harga emas akan naik bila ada GST?”

Baik. Ada beberapa perkara yang perlu di jelas kan dahulu.

  1. Emas 999.9 tidak di kenakan GST. Ini bermakna Gold bar 999.9, Bunga Mas 999.9 (keluaran Public Gold) dan emas 1 gram dan 10 gram LBMA (keluaran Nadeer) tidak akan di kenakan GST.
  2. Emas 916 akan di kenakan GST. Maknanya dinar* dan D-series (barang kemas) keluaran Public Gold) akan di kenakan GST.

*Terdapat juga rumours yang mengatakan bahawa Public Gold akan mengeluarkan dinar 999.9 dalam jangkamasa terdekat. Ini berita baik sebenarnya. 🙂

Dari segi harga, apabila GST di implementasikan, saya melihat akan ada kenaikan pada harga emas. Cuma ianya telah di priced in atau di serap terus ke dalam kos pengeluarannya. Maksudnya, selain dari kos premium dan tukaran wang asing, parameter GST akan di kenakan kepada emas tersebut.

Saya teringat satu laporan yang saya baca tentang harga rumah – GST tidak akan di kenakan kepada sektor rumah tetapi harga rumah tetap akan naik antara 1 – 2%. Mengapa? Kerana GST di kenakan kepada barang-barang mentah yang di gunakan untuk membuat rumah. (Menteri yang bijak memberi jawapan yang bijak).

Jadi bersedialah ya. Beli emas dari sekarang. Confirm lebih murah dari tahun depan!

GST

Temui saya di Kolej Jutawan – Azizi Ali, 13 Disember 2014

Salam.

Kelmarin saya menerima berita baik dari sahabat saya, Syukor Hashim. Azizi Ali, Mentor Wang #1 Malaysia telah sudi menjemput saya dan Syukor ke seminar Kolej Jutawan yang akan di adakan pada 13 Disember 2014 bertempat di Wisma MCA, KL. Dan yang paling best, kami adalah VIP! Yeayyy!

Ini merupakan sesuatu yang agak mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini memang saya dan Syukor selalu berbincang untuk berjumpa dengan Azizi Ali bagi membincangkan perihal penerbitan buku. Tak sangka pula beliau yang ambil langkah pertama.

So, kalau anda belum lagi register untuk seminat ini, apa kata anda cepat-cepat berbuat demikian. Tiket pun murah dan dah nak sold out. So pantas-pantas ambil tindakan!

Kita jumpa di sana ye!

p/s: Anda boleh klik poster di bawah untuk terus mendaftar ke seminar ini 🙂

Azizi Ali - Kolej Jutawan
Azizi Ali – Kolej Jutawan

Kelas Spot Gold dan Currency trading di Kuantan dan Kuala Lumpur

Salam.

Poster baru untuk kelas Group Coaching: Spot Gold dan Currency trading di Kuantan dan KL baru saja saya siapkan. Kenapa ada yang baru? Sebab sebelum ni memang saya plan untuk buat di Kuantan sahaja, tiba-tiba ada permintaan untuk saya buat di KL.

Ada demand maka ada lah supply. Teori ekonomi kan?

So apa tunggu lagi. Hubungi saya sekarang untuk pendaftara.

Terima kasih.

Group Coaching Kuantan dan KL
Group Coaching Kuantan dan KL